Sijil Semua Risiko Kontraktor menyediakan perlindungan untuk Kontraktor dan Pemaju untuk memenuhi kewajipan mereka di bawah syarat kontrak bagi kerja-kerja kejuruteraan awam yang diberikan kepada mereka seperti pembinaan bangunan, infrastruktur dan kerja kejuruteraan awam yang lain. Perlindungan sijil untuk kerugian atau kerosakan atas kerja-kerja kontrak semasa tempoh pembinaan boleh dilanjutkan kepada tempoh penyelenggaraan dari apa-apa sebab yang tidak dikecualikan secara khusus. Sijil ini akan terhenti apabila tamatnya projek dan penyerahan kepada Prinsipal. Sijil Semua Risiko Kontraktor bukan sijil tahunan dan oleh itu tidak boleh diperbaharui. Sijil ini melindungi ganti rugi liabiliti pihak ketiga yang bakal menjadi tanggungan Peserta di sisi undang-undang yang timbul daripada pelaksanaan kontrak tersebut.
Skim ini menyediakan perlindungan kepada anda sebagai majikan berkenaan liabiliti berkanun di mana anda akan bertanggungjawab untuk membayar pampasan kepada mana-mana pekerja bagi kecederaan anggota badan akibat kemalangan atau penyakit akibat pekerjaan atau semasa menjalankan pekerjaaannya di bawah Undang-Undang Pampasan Pekerja dan Undang-Undang Biasa untuk pekerja yang tidak dilindungi oleh SOCSO.